Contact Us

Kami Menawarkan Perkhidmatan Jurugambar Bagi Pakej-Pakej PERKAHWINAN dan Pertunangan yg menarik. Hubungi Kami 018-3262 108 -Jai | www.facebook.com/tomsmass |

Apr 1, 2010

dOA AyAh bUAt AnAk

Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan keluarga kami, dan kumpulkan hati-hati kami diatas kecintaan kepadaMu, Ya Allah, Ya Karim.Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kaum keluarga kami Ya Rahim, Kau permudahkanlah urusan kami dan luaskan rezki kami dengan rahmat-Mu. Ya Allah, Tuhan yang mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Ya Allah, Kau turunkanlah rahmat dan keberkatan di dalam rumah ini. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, Kau jadikanlah anak-anak kami ini dalam kalangan anak-anak yang soleh dan solehah. Engkau jadikanlah isteri kami ini dalam kalangan isteri yang solehah. Kau kurniakanlah kebahagian dan ketenangan di dalam rumahtangga kami ini Ya Allah.

Ya Allah, Kau jadikanlan kaum keluarga kami daripada kalangan orang-orang yang rajin mendirikan solat. Kau jadikanlah kaum keluarga kami dalam kalangan orang-orang yang mentaati-Mu. Mudah-mudahan dengan ketaatan ini akan menjadikan kami bertemu dalam keadaan yang baik di akhirat kelak.

Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami permintaan kami. Sesungguhnya Engkau Maha mendengar lagi Maha Mengetahui dan terimalah taubat daripada kami, wahai Tuhan Yang Maha Mulia. Sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat lagi Maha Pengasihani.